SERTAI KAMI

Kepintaran manusia adalah aset terpenting kami

Perkara atau tugasan yang paling remeh juga boleh mendatangkan kesan menakjubkan jika dilengkapkan dengan teliti dan strategik. Tidak ramai yang boleh melakukan ini, kami ada segelintir dan sentiasa mengalu-alukan lebih ramai lagi.

Sepintas lalu

Sebagai pembekal penuh prasarana, kami mengambil kakitangan merentasi pelbagai pengkhususan dan pangkat. Walaupun bilangan kakitangan kami agak ramai, tetapi setiap jabatan atau kumpulan kekal seperti sebuah keluarga kecil, di mana setiap anggota saling memberi sokongan dan sandaran.

Di manakah kakitangan kami bertugas?

Bergantung kepada kemahiran dan kecenderungan setiap kakitangan, dia boleh ditempatkan sama ada di ibu pejabat ataupun di pejabat tapak.

Mereka yang berada di ibu pejabat di Shah Alam memberi perkhidmatan penting kepada semua, meliputi perakaunan, kewangan, sumber manusia, teknologi maklumat dan komputer, pengurusan kontrak, kejuruukuran, pembelian, aliran bahan, lukisan kejuruteraan dan sokongan teknikal.

Kakitangan di tapak pula menumpukan kepada hal-ehwal pembinaan, termasuk aliran bahan, kerja tukang, pengawasan kerja, penjaminan mutu, hubungan dengan perunding dan sokongan tuntutan kemajuan kerja. Mereka bergerak dengan projek, dan berpeluang untuk menginap di banyak tempat luar biasa di Malaysia.

Bagaimanakah kami membangunkan potensi kakitangan?

Pembangunan kakitangan kami diambil berat. Selain daripada latihan dan pendedahan sewaktu kerja, Sistem Pengurusan Mutu kami mewajibkan setiap kakitangan untuk menjalani sekurang-kurangnya satu latihan setiap tahun, sama ada di dalam syarikat atau di tempat lain.

Lapisan pengurusan kami hampir rata, dan para Pengarah sering berurusan terus dengan setiap orang, bukan sahaja dengan pengurus. Oleh itu, kakitangan yang masih baru juga boleh mendapat manfaat daripada kebijaksanaan pengurusan tertinggi.

Keahlian profesional (misalnya dalam persatuan perakaunan, teknikal, juruukur atau kejuruteraan) digalakkan melalui bayaran balik yuran keahlian tahunan dan perbelanjaan. Kami ada sebuah Perpustakaan Korporat yang sederhana, dan kadang-kala kami menganjurkan ceramah atas tajuk yang berkepentingan am untuk meningkatkan kesedaran dan pandangan semua.

Apakah yang diperlukan?

Dalam hampir semua jawatan, keupayaan kuat untuk berinteraksi dengan orang melalui pelbagai saluran, dan disiplin serta kesabaran untuk menangani kerja dokumentasi mengikut prosedur amatlah penting. Besar ataupun kecil, setiap tugasan menyumbang kepada hasil akhir, sebab itu kami amat menghargai orang yang teliti dan boleh dipertanggungjawabkan. Kami terus mengalu-alukan orang sebegini yang juga mempunyai percambahan kreativiti untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kos hasilan kami.

PELUANG KERJAYA

Project Engineer (1 vacancy)

Resposibilities:
  • checking compliance to specifications
  • procuring materials and equipment
  • compiling and preparing documents and /or drawings for submission
  • coordinating delivery to site
  • tracking project cost and claims
  • performing other tasks related to project execution

Read more
Position Open
TOP