SKE Alliance Sdn Bhd menanggung kebanyakan kerja terlibat, termasuk yang berikut:

Kerja kejuruteraan awam:

  • Kerja tanah dan cerucuk
  • Pembinaan kebuk keluar dan penebukan tangki sedia ada
  • Pembinaan bilik suis TNB, bilik alat suis 11 kV dan bilik pengubah voltan
  • Pembinaan stesen pam asakan

Kerja mekanik dan elektrik:

  • Membekal, memasang, menguji dan mentauliah 3 pam asakan tegak selongsong terbelah berserta bahagian yang berkenaan, setiapnya dapat menghantar 105 juta liter sehari
  • Membekal, menetapkan dan menyambung paip baru melalui sambungan hidup kepada jaringan paip sedia ada
  • Membekal, memasang, menguji dan mentauliah sistem elektrik, instrumentasi dan telemetri
  • Membekal, memasang, menguji dan mentauliah satu kren elektrik tinggi bermuatan 11 tan

Projek ini telah siap dalam masa yang ditetapkan dan berjaya ditauliahkan. Tempoh tanggungan kecacatan sudah tamat tanpa masalah besar.

TOP