Ini ialah untuk pembelian, pembinaan dan pentauliahan sebuah loji pengambilan air mentah dan sebuah loji rawatan air dengan muatan 80 juta liter sehari.
Ini ialah sebahagian daripada usaha pengagihan semula keluaran loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 3.
Projek ini mengambil air dari Empangan Sungai Kinta melalui sebatang paip sepanjang 5 km ke sebuah loji pra-rawatan air.
Projek ini membantu meningkatkan ketersediaan dan kebolehpercayaan bekalan air mentah ke tiga loji rawatan air utama di Selangor (SSP1, SSP2, dan SSP3).
Dengan sokongan satu pasukan yang dinamik dan rangkaian yang luas, kami telah mula meluaskan perkhidmatan ke Sabah dan Sarawak. Pada masa yang sama, SKE Alliance terus membangunkan usahasama baru serantau untuk menawarkan perkhidmatan kami di ASEAN, khususnya di kawasan kurang membangun yang mempunyai keperluan tertinggi untuk kesemua jenis prasarana.
Aspirasi ini dipacu oleh pulangan berterusan yang positif, dengan itu membuka jalan ke arah penyenaraian di dalam Bursa Saham Malaysia dalam masa terdekat. Ini akan mendampingi kami kepada dana untuk pengembangan seperti yang terancang. Untuk lebih menjamin dan meningkatkan pulangan pemegang saham, SKE Alliance turut berwawasan untuk menceburi operasi utiliti yang istimewa.
SKE Builders ialah rakan kongsi kerap kami yang mengkhusus dalam kerja pembinaan kejuruteraan awam dan struktur. Selain daripada mengambil projek prasarana, SKE Builders juga menumpu kepada pembangunan amalan terbaik di dalam pembinaan. Ini menyiapkan kami untuk berada selangkah di hadapan ramai, kerana sentiasa memberi penyelesaian kukuh yang menepati masa dan pada harga yang terbaik.
Anak syarikat milik penuh SKE Alliance ini tertumpu kepada peninjauan dan pembangunan teknologi inovatif untuk menyelesaikan cabaran kejuruteraan, khususnya di dalam sumber air, penjanaan dan penyimpanan tenaga mampan. SKE Technologies mengalu-alukan kerjasama erat dengan para penyelidik, agensi pengomersilan kerajaan dan juga pemegang teknologi untuk menyebarkan kebaikan kepada lebih ramai orang.