SKE Alliance (dulu dikenali sebagai Seri Kembangan Engineering Sdn Bhd) kini merupakan antara teraju utama dalam kejuruteraan dan pembinaan sistem rawatan air dan bekalan air serta prasarana berkaitan yang bermutu antarabangsa. Ciri khas SKE Alliance adalah berkeupayaan untuk menghasilkan penyelesaian khusus merentasi setiap fasa projek, daripada konsep rekabentuk, sehingga rekabentuk terperinci, pengoptimuman, pembuatan, pembinaan dan pentauliahan. Semua ini dicapai melalui gabungan bijak penyelesaian inovatif yang terjana di dalam syarikat dan juga dengan usahasama rakan-rakan kongsi. Kami sentiasa mencabar diri untuk memberi nilai terbaik kepada pelanggan kami, seterusnya menaikkan penanda aras kecemerlangan profesional.
71 titik biru melambangkan 71% permukaan bumi yang diliputi air, manakala 29 titik hijau melambangkan kawasan tanah selebihnya. Ikon ini memaparkan satu pandangan sedunia, dan pada masa yang sama menekankan pentingnya air kepada perniagaan kami dan sememangnya kepada semua kehidupan di bumi. Dari kaca mata lain, setiap titik kecil itu juga mewakili pelbagai rakan kongsi, kontraktor kecil dan pembekal yang berbeza-beza di kalangan sekutu kami. Besar atau kecil, setiap orang memainkan peranan khas untuk melengkapkan gambar besar.
“Semangat persekutuan” ini adalah untuk memberi nilai terbaik perbelanjaan kepada pelanggan kami dengan memupuk semangat kekitaan dan usahasama saling bermanfaat di kalangan pihak berkepentingan. Secara dalaman, “semangat persekutuan” ini telah membentuk satu budaya korporat yang memberi tumpuan kepada penggunaan terbaik kemahiran dan bakat setiap individu, bukan hanya dalam menyampaikan hasil malahan juga untuk meningkatkan kesejahteraan semua. Secara luaran, semangat ini memupuk perkongsian dinamik dengan pelanggan dan pihak berkuasa, dengan sentiasa menekankan penyelesaian yang adil saksama dan menyenangkan.
Sejak penubuhannya pada tahun 2003, syarikat ini telah berkembang daripada hanya beberapa orang kakitangan kepada tenaga kerja yang melebihi seratus orang menjelang tahun 2017. Kini SKE Alliance mampu menawarkan perkhidmatan sehentian pembinaan prasarana bersepadu, merangkumi kesemua jenis kerja yang melibatkan pelbagai cabang kejuruteraan. Kami mendapat pendaftaran tertinggi G7 daripada CIDB pada tahun 2013, seterusnya membuka jalan kepada projek yang lebih terkenal dan bermodal besar.
Kesatuan asas kemajuan, mementingkan rundingan berbanding konfrontasi, memilih usahasama berbanding persaingan, menyasarkan penyelesaian yang menguntungkan semua pihak.
Memberi penyelesaian yang paling berkesan dalam had kos dan spesifikasi, tidak berhenti meninjau, berfikir dan belajar.
Menanda aras dengan piawaian serantau dan sedunia di dalam operasi, mutu hasil dan pertukangan.
Merancang untuk meminimumkan pembaziran dan memaksimumkan hasil, masa menjadi keutamaan.
Mendahului persaingan melalui susunan langkah strategik, pembangunan dan pengekalan sumber manusia, pengauditan proses dan penambahbaikannya.
Berpengalaman lebih 20 tahun di dalam kerja-kerja air, terutamanya di dalam kerja pemasangan paip yang melibatkan paip besar dan sambungan rumit. Mengurus operasi harian di ibu pejabat dan di tapak kerja, menumpu ke atas kegiatan kewangan, mesin dan simpanan di dalam gudang.
Berpengalaman khas sebagai juruukur bahan di dalam kerja air selama hampir 20 tahun. Terlibat dalam projek utama prasarana air, khususnya loji rawatan air, sistem perpaipan dan takungan air. Mengurus aspek komersil semua projek dan memantau Jabatan Juruukur.
Seorang jurutera awam lulusan University of Melbourne, menceburi industri pembinaan sejak tahun 1998. Mempunyai pengalaman luas dan kepakaran dalam pembidaan, rekabentuk dan pembinaan prasarana air. Seorang Jurutera Profesional berdaftar dengan BEM dan seorang Ahli Korporat IEM. Memantau operasi harian, hal-ehwal kontrak dan pengurusan semua kakitangan teknikal dan bukan teknikal.